Tuesday, 16 August 2011

Makan bola, mandi bola, tidur bola.. SAHUR BOLA??

                                                Makan... jangan tak makan....

Musim BPL 2011/2012 kembali lagi. Seperti biasa aku dengan dunia bola aku yang cukup sebati sejak usia 5 tahun lagi. Cecah sahaja usia 7 tahun, aku sudah mengenai pemain-pemain EPL dan yang paling penting pasukan pilihanku Liverpool diterajui oleh gandingan mantap Owen dan Heskey.. Mcmanaman, murphy, paul ince dan ramai lagi la.  Hingga kini Liverpool masih mencari kejuaraan yang hilang sejak 1990.

namun, musim baru ini menampakkan percaturan pimpinan muka lama yang kian sepi kembali ke arena ANFIELD untuk mengangkat kembali maruah liverpool fc..





                                                      KING KENNY DAGLISH

Ya, King Kenny atau lebih dikenali sebagai KK merupakan bekas pengurus Liverpool Fc suatu ketika dahulu. Namun dia berhenti sekita dan memberikan muka baharu untuk memimpin Liverpool Fc. Sepanjang 20 tahun , hanya Rafa Binetez sahaja yang mampu mengubat kekecewaan peminat setia The RED dengan menjulang Piala Juara-Juara Liga. 2005.. BERSAMBUNg.. ( coz aku xder idea...peace!)

                                         

Monday, 15 August 2011

Kenapa KOPI dengan PISANG GORENG seringgit???


Kenapa kopi, kenapa tidak Teh, milo, cafe latte, atau apa jua minuman? Kenapa mesti pisang goreng? kenapa tidak karipap? pizza, atau sebagainya? Ada apa dengan kombinasi kedua-dua ini?

Menarinya jari-jemariku

Entah apa yang bermain dibenak fikiranku ini, televisyen terbuka menonton aku yang sedang mencari ilham menulis. Ya, menulis. Sejak akhir-akhir ini aku seringkali asyik mengkritik filem-filem melayu, menpersoal isu-isu politik yang terjadi, sering bertelagah dengan kawan-kawan mengenai isu sukan dan lain-lain la..rupanya baruku sedar yang aku dihimpit dengan personafikasi dunia yang mengejar kemodenan yang merubah madani masyarakat. 

Untuk hari ini biarlah aku mula membiarkan mindaku bekerja setelah kian lama duduk mendiam tanpa berfikir(baru tamat pratikal) jadi minda dan otak aku agak  aktif untuk berfikir. Jadi, hari ini terlakar sejarah dalam hidup ku di bulan mulia, ramadhan kareem, untuk aku kembali bekerja (menggerakkan minda dan otak) yang hampir berbulan-bulan tepu. Oh jari jemariku, mulalah kekreatifan kamu menari dipapan kekunci kesayagan ini agr dia sebati dengan kamu.. 


Jari-Jemari.

Jari ini kembali menari, 
dulu,
Pensil katok ini menjadi saksi
mewarna, menulis, mengira. 
mengajar erti kanak-kanak.

Jari ini pernah menjadi saksi, 
Jari yang pernah menyimpan seribu rahsia, 
Jari yang menyimpan sejuta kenangan. 
jari ini mengotot setiap detik dan masa, 
menjadi saksi setiap kejayaan

Hari ini, jari ini kembali menari,
menari-nari mengetuk kekunci,
bekerja mengikut rentak ritma, 
bukan hanya omongan kosong,
tetapi mencari satu persoalan,
Jari Jemariku menari..

Ghazali Jamaludin